Baru-baru ini terdapat berita bahawa penjangkitan virus COVID-19 mungkin boleh berlaku melalui pakaian, disebabkan kemampuan virus untuk berkekal pada pakaian selama beberapa hari. Oleh itu, kita perlu lebih kerap mencuci pakaian.
Namun, jika tidak berhati-hati ketika mencuci pakaian, anda mungkin akan mengalami masalah atau kerosakan pakaian yang drastik.
Pernahkah anda mengalami pengecutan baju sejuk yang keterlaluan? Mungkin anda pernah perasan pewarnaan yang aneh timbul pada baju-baju putih anda?
Di bawah adalah 6 kesilapan ketika mencuci pakaian yang seringkali tidak dipedulikan atau terlepas perhatian—serta beberapa tip yang boleh membantu untuk menjaga kualiti pakaian anda.
1. Tidak cuci mengikut bahan pakaian
Satu tip yang kerap disyorkan adalah memisahkan baju-baju anda untuk dicuci mengikut warna yang gelap dan terang. Tetapi bahan pakaian anda juga perlu diberi perhatian kerana kain yang berbeza mempunyai berat dan tekstur yang berbeza. Sekiranya anda mendapati bahawa beberapa pakaian anda rosak selepas dicuci, pakaian anda mungkin perlu dipisahkan mengikut bahan atau jenis kain sebelum dicuci dalam mesin pencuci.
Tip: Sentiasa memisahkan pakaian denim dan bahan pakaian yang halus untuk mendapatkan cucian yang lebih baik dan teliti.
2. Mengguna sabun pencuci berlebihan
Penambahan lebih sabun pencuci pada pakaian apabila dicuci tidak akan menyebabkan pakaian anda lebih bersih. Sebaliknya, ia boleh merengsakan kulit anda. Kebuihan yang berlebihan disebabkan terlebih guna sabun pencuci boleh mengumpul lebih banyak kotoran dan bakteria. Cubalah mengukur jumlah sabun pencuci yang diperlukan mengikut jenis dan saiz cucian anda.
Tip: Anda boleh rendam cucian di dalam air tanpa sabun pencuci untuk sewaktu masa, kemudian bersihkan seperti yang biasa di dalam mesin basuh dengan ukuran sabun pencuci yang tepat.
3. Tidak mengikut label ‘Dry Clean Only‘
Mesin basuh moden kini sesuai untuk membersih pelbagai jenis pakaian, namun perhatian tetap perlu diberi kepada pakaian halus yang disertakan dengan arahan pencucian khusus. Sekiranya anda mencuci pakaian yang berlabel ‘dry clean only’ dengan mesin basuh, ia akan dirosakkan oleh mesin tersebut. Baju dengan hiasan, suede, kulit, dan sutera hendaklah sentiasa dicuci kering.
Tip: Pakaian halus anda harus digantung di luar almari pakaian di mana terdapat pengudaraan yang baik. Jika anda perlu mencuci pakaian tersebut, elakkan daripada mengguna mesin basuh. Carilah kaedah untuk membersikan kesan kotoran tanpa mesin basuh. Sekiranya anda tidak pasti, lebih baik hantar pakaian bagi dibersihkan oleh dobi profesional.
4. Terlalu kerap mengguna peluntur
Peluntur sering digunakan sebagai senjata rahsia untuk memastikan pakaian putih anda kekal cerah dan juga untuk menghilangkan kotoran degil dengan cepat. Tetapi, jika tidak berhati-hati, peluntur boleh merengsakan kulit dan / atau menjejaskan kesihatan anda.
Selain itu, terdapat jenis pakaian yang tidak boleh dibersihkan dengan peluntur tanpa kesan sampingan seperti perubahan warna. Biasanya, bagi cucian yang banyak, hanya ½ cawan peluntur diperlukan. Sebelum menggunakan peluntur untuk kali pertama di atas sebarang pakaian, lakukan ujian dengan menambahkan sedikit peluntur pada bahagian yang tidak mencolok untuk memastikan kerosakan pakaian tidak berlaku.
Tip: Sebagai alternatif, masukkan beberapa potong lemon ke dalam periuk air mendidih, masukkan pakaian yang kotor, dan bersihkan sepertimana yang anda bersihkan dengan peluntur.
5. Terlalu kerap mengguna mesin pengering
Mesin pengering boleh menjimatkan masa untuk mencuci, mengering, dan menggosok pakaian. Pengeringan berlebihan, sebaliknya, boleh memendekkan jangka hayat pakaian anda. Pakaian boleh menjadi berkedut, penuh dengan statik, dan menampung pelbagai jenis bakteria walaupun dicuci. Sebaliknya, cahaya matahari boleh membasmi kuman, menghilangkan bau, dan memutihkan secara semula jadi.
Tip: Jika anda tinggal di bandar dengan jadual yang sibuk, gunakan pengering anda. Bila boleh seperti hujung minggu, pilihlah cahaya dan haba daripada matahari untuk mengeringkan pakaian anda secara semula jadi.
6. Tidak mencuci mesin basuh
Mesin basuh anda mesti dijaga dengan baik untuk memastikan cucian anda bersih dan segar. Mesin yang tidak bersih tidak boleh membasmi kuman dan menghilangkan kotoran secara berkesan. Pencucian mesin yang betul akan menghilangkan sisa pencuci, pelembut, dan bahan pembersih lain. Sekiranya dibiarkan dalam mesin, sisa-sisa tersebut boleh membentuk filem nipis yang memerangkap kuman dan kotoran, dan kemudian mengotorkan cucian seterusnya.
Anda disyorkan untuk mencuci mesin anda sebulan sekali sekiranya anda mencuci 3 kali atau lebih seminggu. Terdapat banyak mesin yang mempunyai fungsi pencucian tong mesin basuh. Apabila anda guna fungsi ini, sentiasa gunakan dengan pencuci mesin basuh yang diformulasikan secara profesional.
Tip: Jangan meninggalkan pakaian basah di tong mesin basuh kosong. Ia boleh menyebabkan cucian yang berbau busuk. Masukkan pakaian basah ke dalam bakul. Gunakan air panas dan sabun untuk mengelap penutup pintu dan laci pencuci. Sekiranya boleh elakkan 6 kesilapan yang disenaraikan, anda boleh menjaga pakaian anda dengan lebih baik, dan akan jarang perlu mengganti baju dan seluar anda.