Sebagai salah satu alat perkakasan rumah, mesin basuh biasanya mempunyai tempoh jaminan yang panjang, kadang-kadang sehingga 12 tahun!
Ia adalah mesin yang tahan lasak, tetapi ini tidak bermakna anda boleh lanyak seolah-olah ia tidak akan rosak. Walaupun kita tidak berniat untuk merosakkan kemudahan moden yang kukuh dan boleh dipercayai ini, kita kadang-kadang boleh merosakkannya (dan menyebabkan kerugian besar buat kita) disebabkan oleh kelalaian kita.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh merosakkan mesin basuh anda (dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini):
- Guna terlalu banyak bahan pencuci
Dalam memastikan bahawa kotoran hilang dan bakteria dapat dihapuskan daripada cucian anda, penggunaan pencuci pakaian secara berlebihan bukanlah sebuah idea yang baik. Bahan pencuci tambahan yang tidak dibilas betul oleh kitaran bilas khas mesin anda akan menyebabkan buih terkumpul di bahagian dalam mesin. Dengan terkumpulnya buih tersebut, saluran mesin anda boleh tersekat seterusnya menyebabkan sisa air kotor tertinggal di dalamnya, dan merupakan idea yang buruk untuk jangka hayat mesin basuh anda.
Pada masa yang sama, bukanlah sebuah idea yang baik juga untuk menggunakan bahan pencuci yang terlalu sedikit, kerana ini boleh menyebabkan kulat berkumpul di dalam mesin basuh anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyukat jumlah bahan pencuci yang diperlukan berdasarkan ukuran muatan cucian anda. Biasanya terdapat petunjuk mengenai jumlah anggaran yang perlu digunakan, yang tertera pada label belakang bahan pencuci anda; ditambah juga dengan garis pengukur pada penutup botol pencuci.
- Meninggalkan pakaian yang telah dicuci terlalu lama di dalam mesin basuh
Sekiranya anda meninggalkan cucian anda terlalu lama di dalam mesin basuh, kulat dan kulapuk lambat laun boleh tumbuh dan menyebabkan pakaian anda berbau busuk. Sekiranya anda meninggalkan cucian anda semalaman tanpa menyidainya sehingga kering atau meletakkannya ke dalam mesin pengering, pakaian anda mungkin akan berbau busuk pada keesokan harinya atau mungkin juga tidak. Dan jika ia berbau pelik, kadang-kala apa yang perlu anda lakukan adalah mengulangi lagi sekali cucian dengan cuka untuk menyelesaikan masalah ini.
Masalah sebenar timbul apabila anda melakukan cucian dengan menggunakan mesin basuh yang sudah lama tidak dibersihkan, atau jika anda mempunyai kebiasaan menggunakan terlalu banyak bahan pencuci seperti yang dinyatakan pada perenggan sebelum ini. Bahan pencuci dan pelembut kain yang berlebihan bertindak sebagai baja untuk kulat dan kulapuk tumbuh. Sekiranya masalah ini ada terjadi pada mesin basuh anda, meninggalkan pakaian anda terlalu lama di dalamnya bukan idea yang terbaik.
- Tidak membersihkan mesin basuh anda dengan betul
Kebanyakan mesin basuh dilengkapi dengan fungsi pembersihan tab mesin. Tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk jangka masa panjang, kerana penjagaan juga diperlukan untuk penapis-penapis dan laci pencuci mesin anda. Penapis mesin berfungsi untuk mengelakkan serat, kotoran, tanah dan serpihan lain yang boleh mengganggu dan merosakkan pam mesin anda. Oleh itu, kuman mudah tumbuh di bahagian ini sekiranya penapis tidak dibersihkan. Perkara yang sama juga berlaku buat laci pencuci, kerana sisa serbuk pencuci dan pembiakan kuman perlu ditangani dari masa ke semasa demi cucian anda. Pengunci pintu untuk mesin basuh pemuat depan adalah antara bahagian lain yang sering diabaikan, yang menjadikannya sebagai habitat untuk kulapuk dan kulat juga.
Kedengaran seperti agak leceh untuk mengekalkan kebersihan mesin basuh, bukan? Oleh kerana sukar untuk membersihkan bahagian yang tidak dapat dilihat, Pembersih Mesin Basuh PREZ akan menjadi bahan tambahan yang baik untuk alat pembersih perkakasan rumah anda. Ia membersihkan drum secara menyeluruh, mudah, dan berkesan – anda hanya perlu menambahkannya ke dalam tab dan menjalankan proses pembersihan tab. Ini merupakan perkara terbesar dan paling penting buat mesin anda, pembersihan dengan mudah!
Kekal bersih, dan selamat mencuci!