Pernahkah anda perasan pakaian berbau busuk walaupun selepas anda membasuhnya? Atau apabila meneliti pakaian putih anda, anda melihat bintik-bintik hitam walaupun selepas mencucinya? Jika ya, anda harus mempertimbangkan untuk mencuci mesin basuh anda, khususnya dengan pencuci mesin basuh.
Mesin basuh yang kotor boleh menyebabkan pakaian berbau hapak seterusnya menyebabkan penyebaran bakteria. Mesin basuh perlu dibersihkan seperti kereta atau bilik anda. Dari hari ke hari, mesin basuh anda sering dipenuhi dengan pakaian kotor. Tidak hairanlah jika ia boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.
Bakteria di dalam mesin basuh dan kesannya kepada kita
Tahukah anda detergen pakaian tidak membunuh semua kuman? Malah, ia sebenarnya mengakibatkan kotoran dan daki berkumpul di dalam mesin basuh. Satu-satunya penyelesaian yang efektif untuk masalah ini ialah dengan mencuci mesin basuh sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan pencuci mesin basuh. Jika tidak, bahan kimia, sisa sabun, dan mineral-mineral lain daripada detergen pakaian akan terkumpul di dalam mesin basuh. Sisa-sisa ini menghasilkan filem nipis yang memerangkap bakteria. Anda dapat lihat kotoran dan debu yang terlekat pada rim mesin basuh jika ia tidak dibersihkan.
Anda dinasihatkan untuk mencuci tangan sebelum dan selepas mencuci pakaian. Jika tidak, anda boleh menyebarkan bakteria lagi kepada orang lain atau mencemari makanan anda. Kuman dalam mesin basuh boleh mengakibatkan penyakit dan pencemaran pakaian untuk cucian seterusnya. Penyakit-penyakit yang mungkin berpunca dari mesin basuh yang kotor termasuk keracunan makanan, virus seperti hepatitis A, dan cirit-birit.
Kebersihan memang begitu penting. Sebab itulah kita mencuci pakaian! Oleh itu, untuk kebaikan sendiri, sila kerap mencuci mesin basuh untuk memastikan diri anda selamat dari bakteria berbahaya.
– Sumbangan www.PrezHome.com – Jadilah Hidup Lebih Mudah