Tahukah anda mesin basuh yang kotor boleh menyebabkan anda jatuh sakit? Penyelidik telah menemui strain bakteria, kulat dan kuman penyebab jangkitan kulit dalam mesin basuh. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan sekeluarga?
Jangan Biarkan Pencuci Anda Menjadi Pencemar
Fungsi utama mesin basuh adalah untuk menyingkirkan kotoran dan kuman pakaian, maka tidak menghairankan jika kotoran dari pakaian kita dipindahkan ke air basuhan. Ditambah lagi dengan bahan kimia seperti sabun pencuci, pelembut dan agen pembersih yang lain seterusnya menjadi persekitaran yang sempurna untuk memerangkap kotoran dan kuman dalam filem nipis yang akan tersimpan di dinding mesin basuh. Malah, kerana kita tidak lagi menggunakan air panas dan peluntur, kuman dan kelapuk boleh tumbuh dalam persekitaran lembap atau basah.
Antara kuman-kuman yang ditemui oleh ahli mikrobiologi termasuklah salmonella dan E.coli yang menjadi punca keracunan makanan, dan sering dipindahkan dari seluar dalam; jangkitan kulit yang menular yang disebabkan oleh MRSA dan pelbagai bakteria kalis antibiotik yang dikaitkan dengan jangkitan kulit dan ruam. Dengan memahami bahawa bukan semua bakteria musnah semasa cucian sudah cukup untuk mendorong anda mencuci tangan sebelum dan selepas melakukan cucian pakaian.
Tambahan lagi kemungkinan bakteria dan kelapuk pada pakaian bayi yang sering disedut dan dikunyah oleh pemakainya, anda boleh memahami mengapa ibu bapa membasuh pakaian dengan tangan.
Kaedah Yang Lebih Bersih
Walau bagaimanapun, membasuh pakaian dengan tangan sahaja tidak mencukupi untuk memerangi pelbagai jenis bakteria. Mesin basuh masih lebih berkesan, tetapi mesin basuh itu sendiri perlu dibersihkan. Mereka yang melakukan cucian tiga kali seminggu atau lebih harus mencuci mesin basuh mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sudah pasti, keberkesanan cucian ini bergantung kepada penggunaan pencuci mesin basuh yang selamat dan boleh dipercayai. Kaedah ini pasti akan membantu anda menjalani kehidupan yang sihat, bersih dan bahagia.
– Sumbangan www.PrezHome.com – Jadikan Hidup Lebih Mudah