Tiada mesin boleh berfungsi selama-lamanya. Jika mesin tidak diservis kerap, ia akan cepat rosak. Mesin basuh pun tidak terkecuali. Bayangkan berapa menyusahkan jika pakaian-pakaian kotor dikumpul selama seminggu tanpa mesin basuh!
Lebih Bersih, Lebih Efektif
Tabiat pencucian yang tetap dan cara penggunaan yang betul, adalah penting untuk menjaga salah satu peralatan rumahtangga yang paling kerap digunakan – mesin basuh, dalam keadaan yang baik.
- Jangan melebihi muatan mesin basuh yang sepenuhnya
Anda ada banyak pakaian untuk dicuci tetapi itu tidak bermakna anda mesti membasuh semuanya sekaligus. Bahagikan pakaian anda ke dalam kelompok, mengikut muatan yang ditetapkan oleh mesin basuh supaya setiap cucian adalah berkesan.
- Jangan menumpahkan sebarang bahan pencuci pada mesin basuh
Bahan pencuci, pelembut dan agen pencuci yang lain bersifat menghakis dan boleh merosakkan mesin anda sekiranya anda mengambil ringan tentangnya selepas sebarang tumpahan. Bersihkannya dengan segera.
- Alirkan air selepas setiap cucian
Air basuhan ialah medium yang penuh dengan bakteria. Sebab inilah air basuhan perlu dialirkan dengan teliti dan mesin basuh dikekalkan kering. Selepas setiap cucian, pastikan pintu mesin dibuka supaya mana-mana air berlebihan menguap dan dengannya tiada kemungkinan kulat dan bakteria untuk membahayakan anda. Anda juga boleh mengelapkan tong basuh dan hos penyiraman dengan kain bersih.
- Cuci mesin basuh anda
Akhirnya, mesin basuh yang bersih ialah mesin basuh yang sihat dan selamat. Menyingkirkan sisa detergen, pelembut dan agen pembersih lain akan juga menghapuskan kemungkinan kakisan oleh bahan-bahan kimia ini. Ia akan menjimatkan kos pembaikan dalam jangka masa panjang. Malah, mesin basuh patut dicuci setiap bulan jika anda menggunakannya tiga kali atau lebih seminggu. Guna pencuci mesin basuh yang selamat dan boleh dipercayai untuk ketenangan minda anda!
Oleh kerana mesin basuh digunakan dengan kerap, mungkin sukar untuk memerhatikan sebarang masalah mesin sehingga terlambat. Sebab inilah anda perlu mencuci mesin basuh anda sentiasa, sebagai servis untuk mesin anda. Sekiranya anda servis kereta anda, kenapa anda tidak melakukan yang sama untuk mesin basuh anda?
– Sumbangan www.PrezHome.com – Jadikan Hidup Lebih Mudah