Mencuci mesin basuh anda bermaksud membersihkan penapis, membersihkan laci pencuci, membilas tab dengan cuka atau serbuk penaik, membersihkan penutup pintu, atau menjalankan mod pembersihan tab. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci mesin basuh anda.
Mungkin juga mesin anda menghadapi masalah serius dan memerlukan bantuan pencucian professional yang sempurna. Kosnya setinggi RM400! Tetapi bagaimana anda tahu tahap pembersihan yang anda perlukan?
Berikut adalah tanda-tanda bahawa sudah tiba waktunya untuk memeriksa mesin basuh anda dan menentukan langkah pembetulan terbaik:
- Anda dapati bebenang pada pakaian anda yang baru dicuci
Adalah normal untuk menjumpai bebenang di dalam poket anda. Tetapi bukanlah normal jika anda menemui banyak bebenang pada pakaian anda yang baru dicuci. Ini merupakan petanda bahawa penapis mesin basuh anda tersumbat dan perlu dibersihkan. Penapis biasanya terdapat di bahagian bawah mesin basuh anda, dan mungkin mempunyai penutup. Jika tidak, ia mungkin terletak di sepanjang dram mesin basuh anda, dan kelihatan seperti jeriji. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh rujuk manual untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Membersihkan bebenang bermaksud membersihkan sisa yang terkumpul dan ia tidak perlu mengambil masa lama. Anggapnya sebagai penyelenggaraan berkala.
- Atau lebih teruk lagi, terdapat kotoran pada pakaian anda yang baru dicuci
Walaupun ia bukanlah kotoran sebenar, tetapi ia kelihatan seperti kotoran. Kemungkinan ia adalah scrud, rupanya seolah-olah terdapat tanah memasuki mesin basuh semasa pakaian anda dicuci. Scrud kelihatan seperti tompok coklat, dan kotoran degil ini biasanya muncul daripada campuran pencuci dan pelembut kain. Ia juga kadang-kala kelihatan seperti serpihan berwarna coklat, cuma nasib baik ia tidak meninggalkan kotoran seperti scrud, tetapi masih mengganggu mata yang melihat. Ia disebabkan oleh sisa sabun, yang terjadi ketika pencuci bercampur dengan mineral di dalam air untuk membuat lapisan filem minyak yang tidak larut, dan ia muncul sebagai serpihan-serpihan kecil. Scrud dan scum terhasil daripada penggunaan bahan pencuci yang berlebihan atau tidak sesuai. Cadangan penyelesaiannya adalah dengan menukar pencuci anda, elakkan daripada menggunakan pelembut kain, dan ya, bersihkan juga penapis pencuci dan laci pencuci anda.
- Pakaian anda mula membuatkan anda gatal atau ruam
Ini merupakan tanda kemungkinan penggunaan pencuci pakaian dan/atau pelembut kain yang tidak sesuai, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif; atau mungkin kulat dan kulapuk sudah mulai berkumpul di dalam mesin basuh anda. Sekiranya masalah hanya berpunca daripada pencuci dan/atau pelembut, maka masalah anda dapat diselesaikan. Sekiranya tidak, mungkin terdapat penceroboh pada mesin basuh anda yang perlu anda hapuskan. Ia mungkin memerlukan pembersihan mesin yang lebih teliti, terutamanya pada bahagian tong dram. Dalam situasi ini, boleh memanggil profesional untuk mula menilai jika terdapat masalah yang tidak kena dengan mesin atau jika ada sesuatu daripada mesin yang mengancam pakaian dan kulit anda.
Mesin basuh anda mula berbau pelik
Sekiranya anda membuka pintu mesin basuh lantas terhidu bau yang tidak menyenangkan, maka anda menghadapi masalah kulapuk. Ini lebih kerap terjadi pada mesin basuh pemuat depan, kerana ia menggunakan gasket (lapisan getah bulat pada pintu) untuk menghalang air semasa mencuci. Di bawah gasket ini kulat boleh membiak dan menyebabkan anda sejumlah masalah, termasuk bau hapak pada pakaian anda yang mengerikan. Nasib baik, masalah kulapuk dapat diatasi dengan penggunaan serbuk penaik dan cuka. Campurkan serbuk penaik dan air pada jumlah yang sama (seperempat cawan) dan masukkan campuran ke dalam laci pencuci. Tuang sejumlah besar cuka ke dalam dram, kemudian mulakan kitaran mencuci.
Sekiranya anda tidak mahu menguruskan petua penyelesaian DIY yang rumit ini, gunakan sahaja Pencuci Mesin Basuh PREZ untuk membersihkan dram secara menyeluruh. Ketahui bagaimana PREZ berfungsi dalam 5 langkah mudah.